?¿

pika, 19 (+60) . uninteresting, pessimistic, simple and a fool . read at your own risk and for your own pleasure, if applicable . i blog not to impress anyone { }




Melody of Love: Episode 4
Wednesday, March 14, 2012 ,12:54 PM (+ 0)

Dongho melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia kemudian mencapai basikalnya dan mula mengayuh dengan laju.

Dongho: Aigoo, dah lambat ni ! Sempat ke ?

Dongho memberhentikan basikalnya. Dia mencapai begnya dan bergegas menuju ke lif untuk ke tingkat 3. Rumahnya terletak di sebuah apartment yang biasa tapi dipenuhi dengan kemudahan seperti gym, kolam renang, arcade dan lain-lain. Walaupun dia merupakan anak seorang menteri, dia tidak pernah kisah pergi ke tempat-tempat biasa. Malah dia tidak suka tunjukkan yang dia seorang yang kaya. Dia suka hidup berdikari.

------------------------------------------------------------------------

Dongho keluar dari lif dan berlari dengan pantas ke rumahnya. Dia mencari kunci rumahnya di dalam beg sekolah. Selepas menjumpai kunci itu, dia membuka pintu dan mengambil barang-barang yang dibelinya tadi ke dalam. Dia mula mengemas. Dia memasang belon di setiap sudut rumahnya. Setelah siap mengemas, dia ke dapur pula untuk menyediakan hidangan untuk tetamu yang akan datang malam nanti. Dia mengeluarkan bahan-bahan dari dalam peti ais dan mula memasak.

-------------------------------------------------------------------------------

1 jam kemudian, kedengaran seseorang menekan loceng rumahnya. Dongho mengelap tangannya dengan kain. Dia bergegas ke pintu dan melihat ke lubang pintu itu untuk mengetahui siapa yang datang. Dia membuka pintu.

Dongho: Ohh kiseop dan eunji-ah ! Silakan masuk.
Eunji & Kiseop: Annyeong ! *melangkah masuk ke dalam rumah*
Eunji: Omo sedapnya bau. Kamu masak ke ?
Dongho: Anieyo. Awal kamu berdua sampai ?
Kiseop: Ehh ? 30 minit awal je.
Dongho: Awal lah tu. Chakkuman, saya nak salin baju dulu.
Eunji & Kiseop: Ahh nae. Ada apa-apa yang kami perlu tolong ke ?
Dongho: Ahh, boleh tolong sediakan meja ?
Eunji: Ohh biar saya buat !
Dongho: Nae gomawo. Saya tukar baju dulu.

Eunji berlalu ke dapur dan mula menyediakan alat-alat untuk makan. Setelah 20 minit berlalu, Dongho keluar dari bilik.

Kiseop: Omo, kenapa lain macam hensem je kamu ni ?
Dongho: Ohh ? Ani. Mana ada
Kiseop: Cehh cehh takpe aku faham *mengeyit mata*

Dongho tersenyum dan ketawa kecil.

Eunji: Ohh, kamu dah siap. Meja pon dah siap. Kita tunggu Bomi je sekarang.
Dongho: Ahh nae, bila dia datang kita buat kejutan.

Dongho menutup lampu dan hanya membiarkan lampu dapur menerangi ruang di dalam rumahnya. 5 minit menunggu, loceng berbunyi sambil kedengaran suara Bomi memanggil di luar.

Bomi: Dongho-ah ! Dongho-ah, saya sudah sampai.

Bomi berasa pelik kerana tiada jawapan dari Dongho. Dia membuka pintu dan menunjukkan riak pelik.

Bomi: Ehh pintu tak berkunci ? *melangkah perlahan-lahan ke dalam rumah*

Tiba-tiba...

Kiseop & Dongho & Eunji: Surprise-euu ! (lol korean punya pelat)

Mereka menyerang Bomi dengan pie. Habis comot muka Bomi terkena pie yang dibaling.

Bomi: Yaaaa ! *ketawa* Mwoya ? Kenapa saya pula yang kena ?
Kiseop & Dongho & Eunji: Sebab awak yang nak tinggalkan kami !

Mereka semua ketawa. 

Dongho: Gaja, mari makan. Saya dah masak untuk kamu semua.
Eunji: Omo ! Kenapa saya tak nampak pon apa-apa makanan di dapur tadi ?

Dongho tersenyum lalu berlalu ke dapur. Eunji,Kiseop dan Bomi duduk di ruang makan sambil menunggu Dongho membawa makanan yang dimasak olehnya.

Dongho: Tadaaaaaa ! Spaghetti ni saya yang buat sendiri.
Bomi: Uwahhh ! Mesti sedap !
Eunji & Kiseop & Bomi: Kami makan dulu !
Kiseop: Omo ! Mashittda (maksud: delicious) Lepas ni boleh lah kau ajar aku masak pula !
Dongho: Omo ? Jinjja ? Gomawo *senyum* Makan lah lagi.
Eunji: Aigoo patut lah awak tak pernah masak untuk saya.
Kiseop: Saya mana pandai masak !

Mereka ketawa melihat telatah couple itu.

Bomi: Jal mogeosseumnida (maksud: I ate well)
Eunji & Kiseop: Nae kami juga.
Dongho: Ohh chakkuman.

Dongho berjalan ke arah biliknya untuk mengambil sesuatu. Dia mencapai teddy bear dan bunga yang dibelinya petang tadi untuk diberikan kepada Bomi.

Dongho: Bomi-ah, saya ada sesuatu untuk awak.
Kiseop: Aigoo, nampaknya kami kena pulang dulu lah ni.
Eunji: Nae kita tak boleh ganggu pasangan yang baru nak bercinta.

Bomi menolak lengan eunji. Eunji ketawa kecil.

Kiseop & Eunji: Kami pulang dulu. Gomawo untuk masakan yang sedap tadi *tunduk* Annyeong !
Dongho & Bomi: Nae annyeong.

Setelah Kiseop dan Eunji pulang, Dongho memandang Bomi dengan riak wajah yang serius.

Dongho: Sebenarnya, saya ada sesuatu nak cakap dekat awak.
Bomi: Apa dia ?
Dongho: Sebenarnya, saya suka aw...

Tiba-tiba handphone Bomi berbunyi.

Bomi: Ohh chakkuman.

Dongho mengeluh sambil menunggu Bomi menghabiskan perbualannya di telefon.

Bomi: Ohh mianhae, apa yang awak nak cakap tadi ? Saya kena pergi ni.
Dongho: O-ohh. Takda apa-apa. Saya cuma nak bagi ni dekat awak.

Dongho menghulurkan bunga dan teddy bear itu.

Bomi: Uwahhh ! Kyeopta ! Jeongmal gomawo. Saya kena pergi. Mianhae. Saya harap kita berjumpa lagi. Jaga diri awak baik-baik ya. Annyeong.

Bomi memberi satu kucupan di pipi Dongho lalu berlari keluar dari rumah Dongho. Dongho terkejut dan mengeluh.

Dongho: Baboya ! Selalu macam ni. Sebenarnya, aku suka kau Bomi ! Aku suka kau !

Bersambung...
Wrote on,
14 March 2012,12.54PM by Pikevin



« »