?¿

pika, 19 (+60) . uninteresting, pessimistic, simple and a fool . read at your own risk and for your own pleasure, if applicable . i blog not to impress anyone { }




One Shots: It Happens Suddenly
Sunday, March 18, 2012 ,1:27 PM (+ 2)
Actor: Goo Ha Ra as Hara and Kim Eli as Eli. Credits: x x x x x x

Kringggggggggg ! Bunyi jam loceng yang kuat itu telah mengejutkan Hara dari tidurnya yang lena. Dia terus terbangun dengan rambut yang kusut sambil mengeluh. Dia mencapai jam locengnya dan menutup kunci jam tersebut. "Haihhh penat lah macam ni ! Tak kerja pon kena bangun pagi ke ? Tak, kan ? Habis tu kenapa aku kunci jam ?" Hara membebel kepada dirinya sendiri sambil mengetuk kepalanya perlahan. "Hmm alang-alang aku dah bangun ni, tak akan lah aku nak tidur balik ! Confirm tak dapat lelap." Hara bangun menuju ke arah tingkap biliknya. Dia melihat akan cuaca di luar.

"Uwahhhhhh, eloknya cuaca !" Hara berkata sambil menggeliat. Dia memandang pula jam yang tergantung di dinding biliknya yang menunjukkan pukul 7 pagi. "Memandangkan masih pagi lagi, lebih baik aku pergi ambil angin dekat Sungai Han." Dia berfikir sejenak dan mencapai tuala untuk mandi.

Hara berjalan perlahan-lahan di tepi Sungai Han. Dia mengambil mp3 di dalam poketnya dan memasang lagu Heaven by Ailee. Dia menyanyi-nyanyi kecil dan mengambil keputusan untuk duduk di tepi tembok bagi menghayati keindahan Sungai Han. Tiba-tiba...

"Hoi ke tepi ! Ke tepi !" Seorang lelaki yang menunggang basikal berteriak di belakang Hara. Lelaki itu tak dapat mengawal basikalnya lalu melanggar Hara. Hara yang duduk di tepi tembok itu, terjatuh ke dalam sungai. Lelaki yang melanggarnya tadi membulatkan mata kerana rasa terkejut lalu melepaskan basikalnya. Lelaki itu membuka jaketnya lalu terjun ke dalam sungai untuk menyelematkan Hara. Hara terkapai-kapai di dalam sungai kerana dia tidak pandai berenang, lalu dia pengsan. Lelaki tadi menarik Hara naik ke atas tembok dan cuba mengejutkan Hara.

"Ya ! Bangun lah !" Dia menggoyang-goyangkan badan Hara tapi tetap tiada respon. Lalu lelaki itu membuat keputusan untuk membuat CPR mulut ke mulut. Dia membuka sedikit mulut Hara lalu membuat CPR. Hara kemudiannya tersedak lalu membuka matanya perlahan-lahan. Dia terlihat akan lelaki di depannya. Muka lelaki itu amat dekat sekali dengan mukanya lalu dia menjerit. 

"Yaaaaaaaa ! Awak dah ambil ciuman pertama saya !" Lelaki itu terkejut lalu berkata, "Mwo ? (means: what) Mana ada ! Saya cuma buat CPR sahaja ! Awak patut berterima kasih kepada saya sebab selamatkan awak !" Hara memukul lelaki itu. "Mwoya ?! (means: what) Awak hampir bunuh saya dan awak kata saya patut berterima kasih ?! Awak ni lelaki paling gila saya pernah jumpa !" Hara mencebik dan meniup rambut di dahinya akibat terlalu geram. Dia pergi pula ke arah basikal lelaki tadi lalu menyepak basikal itu.

"Yaaaaaaa ! Kenapa awak sepak basikal saya ?!" Lelaki itu menjerit dengan marah. "Suka hati saya lah ! Basikal awak memang layak dapat sepakan saya !" Hara memandang tajam muka lelaki itu lalu terus beredar untuk pulang. "Lelaki tadi sangat menjengkelkan !" Dia mendengus geram.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hara masih duduk di depan tv. Dia menekan butang remote tv itu dan mengeluh. "Kenapa semua rancangan bosan ni ?!" Dia menjerit lalu membaling remote tv itu ke tepi sofa. "Aku benci betul lah hidup macam ni ! Lebih baik aku tidur ! Lagi bagus !" Hara telah kematian ibu bapa sejak dari kecil lagi dan merupakan anak tunggal, jadi dia tinggal seorang diri dan tidak mempunyai satu pon kawan. Orang membencinya sebab sikap tak senonoh bapanya pada masa lampau. Disebabkan itu, Hara amat benci akan bapanya.

Dia bangun dari sofa dan menutup suis tv lalu mengatur langkah ke biliknya. Dia menghempaskan badannya di atas katil. Dia teringat akan lelaki yang melanggarnya tadi. "Ahhh kenapa aku nak fikir pasal lelaki tak guna tu pulak ! Neo baboya (means: kau ni bodoh) Hara !" Dia menarik selimutnya hingga ke paras dada dan memejamkan matanya lalu dia tertidur.

Hara membuka almari miliknya dan mencapai sehelai hoodie dan seluar track. Dia bercadang untuk pergi ke gym berdekatan dengan rumahnya. "Ahhh dah lama aku tak pergi ke gym ! Berat aku pon dah naik ni !" Dia menukar pakaian dan mencapai mp3-nya. Setelah mengunci pintu, dia berjalan sambil menyanyi perlahan menuju ke arah gym. Dia melangkah masuk lalu berjalan ke arah treadmill yang terletak di sudut gym itu. Dia memasang earphone ke telinganya dan mula berlari di atas treadmill itu.

Sedang dia berlari di atas treadmill, seorang lelaki yang agak tegap menegurnya dari belakang dengan menarik hoodie yang dipakai Hara. Hara terkejut lalu jatuh terlentang ke belakang. Hara memegang kepalanya. "Ahh, apayo ! (means: it hurts) Siapa yang tarik saya tadi ni ?!" Hara memandang lelaki yang sedang melihatnya sambil ketawa. Hara menggenggam penumbuk akibat geram. "Monyet ni lagi ?! Apa kau buat dekat sini ?! Kau stalk aku ke ?!" Lelaki itu membeliakkan matanya. "Aku ada nama lah ! Nama aku Eli ! Suka hati kau je nak panggil aku monyet !" Hara ketawa mengejek, "Kau memang layak dipanggil monyet !"

Hara mencapai mp3nya yang jatuh di lantai lalu mula beredar. Tiba-tiba, Eli menjerit dari belakang. "Yaaaa ! Harap kita berjumpa lagi !" Hara menoleh ke belakang. Eli sedang melambai ke arahnya sambil tersenyum kambing. Hara rasa menyampah lalu menarik muka, "Siapa yang nak berjumpa dengan kau lagi ? Hmm, Eli... Sedap jugak nama tu" Hara menekup mulutnya dan mengetuk kepalanya perlahan. "Ahh apa aku merepek ni !" Dia menjeling lelaki yang bernama Eli itu lalu keluar dari gym tersebut.

"Bosan lah kalau sampai rumah awal-awal ! Hmm, ikut lorong belakang lah ! Jauh sikit. Tak ada lah aku sampai cepat nanti." Hara menyanyi-nyanyi kecil sambil berjalan di lorong yang agak sunyi itu. Tiba-tiba, seorang lelaki mabuk menarik bajunya. "Ahjussi ! Apa yang awak buat ni ?!" Hara menarik kembali bajunya supaya dilepaskan oleh lelaki itu. "Adik manis, kenapa jalan sorang-sorang ? Kan dah susah" lelaki mabuk itu ketawa. Lelaki itu mula memegang pipi Hara dan cuba merogol Hara. Hara menjerit sambil menangis. Tiba-tiba....

Eli menarik lelaki mabuk itu dan menumbuknya. Lelaki mabuk tadi lari lintang-pukang akibat takut. Eli memandang Hara yang sedang menangis dan menggigil. "Ya ! Kenapa awak ikut sini ? Kan jalan ni sunyi ?!" Eli memandang Hara. "Eli-ssi..." Hara teresak-esak lalu memeluk Eli. Eli terkejut lalu menggosok belakang Hara. "Gwenchanayo. (means: it's okay) Saya ada. Mari saya hantar awak pulang." Dia membangunkan Hara lalu memimpinnya pulang.

"Ini rumah awak kan ?" Eli bertanya sambil memandang muka Hara. Hara mengangguk perlahan lalu menghulurkan kunci. Eli membuka pintu rumah itu lalu memimpin Hara ke sofa. "Awak duduk di sini dulu. Muka awak pucat. Saya akan masakkan untuk awak." Hara mengangguk tanpa sebarang jawapan. Dia masih lagi dalam keadaan takut dan trauma. Hara mengangkat kedua-dua belah kakinya ke atas sofa dan memeluk kakinya.

Eli melihat persekitaran rumah yang sederhana kecil itu. Amat kemas dan tersusun. "Mesti dia selalu mengemas." Eli berkata di dalam hati. Dia berlalu pula ke dapur dan memunggah peti ais milik Hara. Dia mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Setelah menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan untuk memasak, dia mencapai apron dan mula memasak.

Eli membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air ke ruang tamu. "Awak sejuk ke ? Biar saya ambil kan selimut." Eli berlalu ke arah bilik Hara. Dia terus pergi ke katil untuk mengambil selimut. Tiba-tiba dia terpandang akan gambar Hara yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil. Dia tersenyum lalu keluar semula dari bilik itu. Dia menyelimutkan Hara lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"Mari saya suapkan." Eli mencapai mangkuk bubur yang terletak di atas dulang lalu mula menyuap Hara. "Awak memang tinggal sorang ke ?" Eli memecahkan suasana sunyi itu. "Nae, (means: yes) saya memang tinggal sorang sejak dari kecil." Hara menjawab perlahan. "Hmm, ibu bapa awak mana ? Awak takde adik ?" Eli bertanya lagi. Hara menggeleng perlahan lalu mengeluh, "Ibu bapa saya dah lama takde. Mereka mati sejak saya kecil lagi. Saya anak tunggal. Tak ada orang nak kawan dengan saya sebab diorang memandang hina terhadap saya. Ayah saya dulu seorang yang jahat. Jadi orang ingat saya juga bersikap sama sepertinya dan mereka taknak kawan dengan saya."

Terdetik rasa simpati Eli terhadap gadis itu. "Siapa cakap takda siapa nak kawan dengan awak ? Saya kan ada." Eli merangkul tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. "Gomawoyo. (means: thank you) Sebab awak dah tolong saya. Awak tak lah teruk sangat macam yang saya fikir." Hara tersenyum sambil ketawa kecil. "Mwoya ? (means: what) Jadi awak fikir saya ni jahat lah ?" Mereka ketawa bersama-sama.

Sejak kejadian hari itu, mereka menjadi semakin rapat. Mereka sering meluangkan masa bersama. Sehinggalah, satu hari...
Jumpa saya di tepi Sungai Han malam ni pada pukul 8 -Eli-
Hara membaca mesej pesanan ringkas yang dikirim oleh Eli. Dia melihat pula jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7 petang. "Ahh, Eottohke ? (means: how) Kena siap sekarang ni !" Hara berlari ke dalam biliknya dan membuka almari. Dia mencari baju yang sesuai untuk dipakai pada malam tu. "Ahh ! Saya tak tahu nak pakai baju apa !" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencapai sehelai t-shirt dan cardigan dari dalam almarinya.

Hara berjalan ke tepi Sungai Han sambil mencari kelibat Eli. Tiba-tiba dia ditegur dari belakang. "Hai Hara ! Carik siapa tu ?" Hara terkejut lalu berpusing ke belakang. "Yaaa ! Awak tak ada kerja lain ke daripada mengacau saya ?" Hara memarahi Eli. Eli ketawa melihat reaksi Hara. "Awak marah pon masih comel !" Eli ketawa lagi. "Yaaa yaaa tengok tu. Tak habis habis kenakan saya." Hara menarik muka masam.

"Eleh, merajuk pulak. Saya gurau je lah." Eli berjalan ke arah sebuah kerusi di tepi tembok. "Ahh, bestnya. Dah lama tak datang sini." Eli berkata sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Hara mengambil tempat di sebelah Eli. "Hmm ada apa awak ajak saya datang sini ?" Hara bertanya ingin tahu. "Err sebenarnya..." Eli mengeluarkan sebentuk cincin lalu melutut di depan Hara. "Nak tak awak habiskan seluruh hidup awak dengan saya ?"

Hara terkejut lalu menekup mulutnya. Dia hampir menitiskan air mata akibat terharu. Hara mengangguk kepalanya perlahan lalu memeluk Eli. "Mestilah saya nak..." jawab Hara. "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, Hara." Eli memandang Hara. Hara tersenyum, "No, terima kasih kepada awak sebab hadir dalam hidup saya." Eli ketawa mendengar jawapan Hara. "Okay kalau macam tu, kita sama-sama berterima kasih." Hara ketawa mendengar ayat Eli.

"Omo, tengok tu !" Hara menunjukkan sesuatu di langit. "Bunga api lah ! Omo, yeppeuda !" Hara memandang bunga api itu dengan penuh minat. "Tapi kan... Bunga api tu lagi lawa daripada awak." Eli menyakat Hara. "Yaaa ! Jugulle ?! (means: nak mati ke ?)" Eli ketawa lalu mencubit pipi Hara. "Saya gurau jelah, mana mungkin ada orang lagi cantik daripada awak." Eli tersengih. "Yaaa ! Apayo !" Hara memegang pipinya yang dicubit oleh Eli. Eli ketawa melihat muka Hara.

"Eli-ssi... Saranghaeyo..." Hara tersenyum lalu melentokkan kepalanya ke bahu Eli sambil menggenggam erat tangan Eli. "Nado saranghaeyo..." Eli mengusap dan mencium kepala Hara -the end-
PS: Sorry for any language mistakes. Sorry if you don't like it. Jeongmal mianhaeyo. Thanks for reading ^^ I really appreciate it.
Wrote on,
18 March 2012,1.27PM by Pikevin 


« »