?¿

pika, 19 (+60) . uninteresting, pessimistic, simple and a fool . read at your own risk and for your own pleasure, if applicable . i blog not to impress anyone { }




Melody of Love: Episode 6
Saturday, April 21, 2012 ,2:58 PM (+ 0)


Kringgggggg ! Bunyi jam loceng yang sangat kuat itu mengejutkan Mir yang sedang nyenyak tidur akibat kepenatan. Semalam, dia berlatih sehingga awal pagi menyebabkannya berasa lebih penat daripada biasa. Mir membuka sedikit matanya untuk melihat jam di tepi katilnya. Jarum jam itu menunjukkan pukul 8.00 pagi. Mir membulatkan matanya yang sudah bulat itu akibat terkejut. Lalu dia bangun dan menepuk dahinya.

Mir: Ahh ! Habis lah aku kali ni ! Mesti kena denda dengan hyung lagi !

Dengan sepantas kilat dia mencapai tuala untuk membersihkan diri.

--------------------------------------------------------------------------------

G.O: Aishhh ! Mana maknae kita ni ?
Thunder: Lambat lagi, macam biasa....

Tiba-tiba kendengaran satu ketukan di pintu. Seungho, G.O, Joon dan Thunder menoleh ke arah pintu. Kelihatan Mir sedang tercungap-cungap sambil memegang kedua-dua lututnya kepenatan.

Mir: Mianhaeyo hyung, saya....
Joon: Lambat lagi... Kami tahu
Thunder: Dah sampai mana mimpi ?

Mir menjeling Cheondoong yang lebih dikenali sebagai Thunder itu. Thunder suka menyakat maknae mereka itu. Dia hanya ketawa kecil selepas dijeling begitu.

Seungho: Sebagai denda, kamu kena beli air untuk kami.
Mir: Denda lagi ?!
Joon: Siapa yang lambat sekarang ni ?

Mir mengeluh. Dia melangkah malas untuk ke kantin. Kebetulan laluan ke kantin merupakan laluan yang sama untuk ke bilik manager mereka, Hong Seung Sung. Setelah sampai di depan bilik manager, dia terdengar sesuatu yang amat menarik.

Seungsung: Ya, kita akan adakan uji bakat minggu depan.

Mir membulatkan matanya lalu menghendap berdekatan dengan pintu bilik itu untuk mencuri dengar perbualan tersebut.

Mir: Sepertinya, manager tengah berbual di telefon.
Seungsung: Uji bakat itu untuk mencari penyanyi baru yang akan didebutkan di dalam satu kumpulan yang sama seperti Bomi. Saya juga ingin membuat sebuah grup lelaki baru. Jadi kamu tolong saya edarkan iklan di setiap sekolah di sekitar Seoul.

Mir menjatuhkan rahang bawah mulutnya sambil membulatkan mata. Dengan segera dia berlari kembali ke arah bilik latihan grupnya dalam keadaan kelam kabut.

Mir: Hyung ! Hyung !
G.O: Mana air kami ? Tak payah nak menjerit.
Mir: Ani ! Itu bukan masalahnya sekarang ni !

Mereka memandang pelik ke arah maknae mereka itu. Mir kelihatan kelam kabut dan tercungap cungap akibat kepenatan berlari.

Joon: Apa yang kamu merepek ni ? Kamu sihat ke tak ?

Mir tidak mempedulikan soalan yang ditanya oleh Joon.

Mir: Manager nak buat uji bakat nyanyian minggu depan !
Joon, Thunder, G.O: Mwo ?!?!?!
Mir: Manager juga nak tubuhkan sebuah grup lelaki baru !

Joon, Thunder dan G.O menjatuhkan rahang mereka akibat terlampau terkejut kecuali Seungho.

Seungho: Saya tidak nampak apa masalahnya ?
G.O: Hyung, kalau manager tubuhkan grup lelaki baru, kemungkinan kita akan tidak dipedulikan lagi. Fans kita juga akan berkurangan.
Seungho: Dan ?

Mereka terdiam. Mereka memang tidak berani nak melawan cakap ketua mereka itu. Ketua mereka merupakan seorang yang amat tegas dan susah untuk dibawa bergurau.

Seungho: Mir, mana air kami ?

Mir memuncungkan mulutnya lalu melangkah kembali ke arah kantin. Setelah tiba di kantin, seorang makcik yang kelihatan agak tua menegurnya.

Makcik: Awal kamu pagi ni, Mir ?
Mir: *memuncungkan mulut* Macam biasa...
Makcik: *tersenyum* Tunggu sekejap ya.

Makcik itu berlalu ke belakang. Setelah 5 minit, dia kembali dengan sebungkus beg plastik yang berisi beberapa tin minuman dan menghulurkannya kepada Mir.

Makcik: Nahh...
Mir: *mencapai beg plastik itu* Gamsahabnida ajumoni.

Mir menghulurkan sekeping duit kertas tetapi ditolak oleh makcik itu.

Makcik: Ani ani, harini makcik belanja kamu semua.

Mir senyum lalu mengucapkan terima kasih. Dia membongkokkan badan dia sebagai tanda hormat dan berlalu pergi. Dia bercadang untuk mengikut laluan lain. Laluan itu kebetulan merupakan laluan ke arah bilik latihan Bomi. Apabila sampai di depan bilik latihan itu, Mir menghentikan langkahnya dan melihat ke dalam bilik itu. Kelihatan Bomi sedang berlatih dengan semangat sekali. Mir terpegun melihat tarian Bomi. Dalam diam, dia mula jatuh cinta. Bomi pula tidak sedar akan kehadiran Mir yang sedang melihatnya, tetapi setelah beberapa ketika, dia perasan akan kehadiran Mir melalui cermin di dalam bilik tarian itu, lalu dia menoleh ke belakang.

Bomi: Omo, Mir.

Mir tersentak. Lamunannya tadi berhenti akibat ditegur oleh Bomi. Bomi memandang pelik ke arah Mir.

Bomi: Awak buat apa dekat sini ?
Mir: Err... Err... takde pape.
Bomi: Hmm... Ehh ! Ada minuman lah !
Mir: O-ohh ? Ini ?

Mir mengangkat beg plastik yang berisi tin minuman itu. Kebetulan ajumoni tadi beri minuman lebih kepada Mir lalu dia membuat keputusan untuk berikan kepada Bomi.

Mir: Nahhh.. *menghulur tin minuman*
Bomi: Ohh gomawo. Saya memang sangat dahaga dan awak dah selamatkan saya ! *ketawa*
Mir: *tersenyum* Wahh comelnya dia ketawa Ehh awak tahu tentang uji bakat yang akan diadakan minggu depan tu ?
Bomi: Uji bakat ? Maksud awak ?
Mir: Tadi saya terdengar, manager Seungsung nak buat uji bakat untuk mencari penyanyi bagi grup lelaki baru dan penyanyi untuk grup awak nanti.
Bomi: Mwo ?!?! Jinjjayo ?!
Mir: Nae... Err saya datang nak bagitahu tu je, saya pergi dulu sebelum Seungho hyung marah saya lagi *senyum*
Bomi: *ketawa* Arasseo, annyeong

Mir berlari keluar dan segera menuju ke arah bilik latihan grupnya semula. Setelah sampai....

Seungho: Kamu lambat lagi
Mir: Aishhh mati aku
G.O: Relaks lah hyung, dia cuma lambat beberapa minit je.

Seungho menjeling sinis lalu memberi arahan supaya mereka memulakan latihan. Semasa sedang melakukan latihan, Mir membisikkan sesuatu kepada G.O.

Mir: Gomawo hyung.
G.O: Gwenchana *senyum* Dah, lebih baik jangan berbisik-bisik. Nanti kena marah lagi.

Mir tersenyum lalu meneruskan latihannya seperti biasa.

Bersambung....
Wrote on, 
21 April 2012,2.59PM by Piyeollie


« »