?¿

pika, 19 (+60) . uninteresting, pessimistic, simple and a fool . read at your own risk and for your own pleasure, if applicable . i blog not to impress anyone { }




This is not our destiny.
Friday, September 7, 2012 ,7:55 PM (+ 0)

assalamualaikum and peace be upon you. aku rasa korang tahu kot apa yang aku rasa sekarang, but please, entry ni untuk meluahkan perasaan je, jadi kalau tak suka, jangan baca. terima kasih.

sebenarnya aku hmm entah lah. my mind is empty so do my heart. mungkin aku dah biasa barangkali. dah biasa jadi macam ni. aku pon tak tahu dekat mana salah aku sampai orang selalu buat aku macam ni. takpelah, aku berserah pada allah je sekarang. aku bergantung pada pertolongan allah je sekarang. aku harap sangat ada satu keajaiban berlaku insyaallah, amin. aku rasa dah banyak kali aku doa benda yang sama.

cerita dia macam ni, sebenarnya my heart had been captured by a guy long time ago. masa tu lama juga lah aku pendam perasaan aku sorang-sorang, takde siapa tahu. pelan-pelan aku sakit sebab pendam perasaan aku, last-last aku buat keputusan nak confess. and aku ingat lagi tarikh tu, 30 Disember 2011, beberapa jam sebelum masuk 2012, time tu aku confess dekat dia walaupun aku tahu risiko dia mungkin aku akan patah hati nanti.

tapi macam tu lah, aku ni kalau dah yakin tu memang terlebih yakin sampai last-last aku sakitkan diri aku sendiri. tulah aku. nak buat mcm mana ? sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab aku berani ambil risiko dalam semua benda. mungkin ye mungkin tak.

jadi selepas aku confess, kiteorang tak couple pon sebab aku yang taknak. kenapa ? sebab aku takut, aku takut sangat, aku fobia, aku trauma dengar perkataan 'break'. jadi aku ambil keputusan taknak couple, biar kan dua-dua pihak tak sakit hati. tapi kiteorang simpan perasaan yang sama untuk satu sama lain.

makin lama biasalah, makin rapat. oh lupa nak cakap, sebelum aku jumpa 'dia' ni. aku pernah couple, dan putus dan heart broken. jadi lepas aku jumpa dengan 'dia' ni aku dapat semangat aku balik.

sampailah, aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat pergi sakitkan hati dia. walau pada hakikatnya, aku masih sayang dia, dan rasa sayang aku tu tak pernah kurang sikit pun. biasalah, aku pon manusia biasa, aku buat silap. tapi aku menyesal. menyesalnya aku tuhan je tahu macam mana menyesalnya aku.

tapi lepas tu, kiteorang jadi rapat balik sebab aku confess lagi sekali. aku confess lagi sekali sebab aku nak dia tahu yang aku sayang dia. tapi lama kelamaan kiteorang makin tak ada persefahaman, asyik gaduh je. dan buat kali ketiganya aku confess. entah lah kenapa aku confess sampai 3 kali. mungkin aku takut sangat kehilangan dia kot. ye mungkin dan aku pasti memang sebab tu.

kiteorang okay je sampai lah semalam, aku tak tahu kenapa, mungkin allah nak uji aku lah kot tapi aku tak sanggup nak hadapi semua ni. aku ni jenis yang tak kuat. aku lain, aku sensitif. bahkan mungkin sangat sensitif, perasaan aku kalau kena jentik sikit memang dah lain jadinya. faham faham jelah. jadi aku pon menangis sepuas-puasnya semalam sampai air mata aku kering. sejujurnya aku penat, penat nak menangis. 

tapi aku cuba jadi positif, aku pon tak tahu kenapa. first time aku jadi macam ni. mungkin aku dah terlampau yakin diri aku. aku tak tahu nak buat apa sekarang. aku nak menangis, tapi aku tak boleh. nanti aku tak boleh berhenti. aku penat seksa diri aku sendiri. walaubagaimanapun sakitnya aku, perasaan sayang aku lagi banyak daripada perasaan sakit aku jadi aku lupakan sakit yang tengah aku rasa sekarang.

semalam, heh aku tak tahu lah kenapa, tapi aku ada baca doa ni,
" Ya Allah, jikalau betul dia jodoh aku, berikanlah aku satu mimpi tentang dia malam ni, ya Allah. "
okay part ni memang aku serahkan dekat korang nak cakap tentang apa pon pasal aku. aku tahu aku ni gila. tapi sekurang-kurangnya aku tak minta doa bukan-bukan. dan nak tahu apa jadi ? memang betul aku dapat mimpi pasal dia malam semalam. aku pon tak tahu kenapa. aku ragu-ragu nak percaya or tak. mimpi tu pon kira bukan mcm bad dream la. dalam mimpi tu aku dengan dia macam biasa, macam dulu.

aku tak tahu lah betul ke tidak itu petanda dari Allah atau apa, aku bukan siapa-siapa, sampai dapat tafsirkan maksud mimpi tu. aku serahkan dekat Allah. tapi lepas aku bangun tu, automatik aku tersenyum. aku sendiri keliru dalam pada masa yang sama fikiran aku sekejap-sekejap kosong dan bercampur baur masa tu. wallahua'lam, apa maksud mimpi tu tapi kenapa aku yakin sangat ?

sebenarnya, aku betul-betul tak tahu apa yang aku betul-betul rasa sekarang ni. perasaan aku bercampur-campur macam rojak. sedih ada, marah ? mungkin ada, sakit hati ada, happy ada, keliru ada, kecewa ada, semua ada lah, complete satu set perasaan -.-' aku cuma mungkin terlampau sayang dia sangat, tapi aku tahu aku tak pernah menyesal, bagi aku, he's the most perfect guy ever.

macam ni lah orang in love, faham-faham jelah kan -.- alaaa bukan selalu pon aku tulis entri macam ni. jeongmal mianhae and to him, aku memang sayang kau until jannah insyaallah and amin. :') aku harap satu benda je sekarang, aku harap dia berubah hati, terbuka hati untuk ubah fikiran, amin dan semoga dia cepat sembuh ><
PS: tu lah aku dah cakap jangan baca entri ni sebab entri ni jiwang lol xD


« »